:: maassalamah . assalam ::
Thursday 6 June 2013
hutang oh hutang !
Wednesday 5 June 2013
sorry kepada awak2 semua k :')
Monday 3 June 2013
majlis resepsi mereka ^^ Izzue Islam Tidak Sabar Untuk Bergelar Bapa !
Izzue Islam Tidak Sabar Untuk Bergelar Bapa
Perkahwinan Izzue Islam hujung minggu lalu memang mendapat perhatian meluas peminat dunia hiburan. Dari pengumuman yang tidak di’sangka sehingga kisah cinta lima tahun yang di’sorok cemerlang.Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi pada Ahad lalu di Dewan Shah Alam.
Bercakap kepada mStar Online, anggota kumpulan Forteen ini mahu segera menimang cahayamata sebagai penyeri rumahtangga dan sudah bersedia untuk bergelar bapa pada usia 23 tahun.
“Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami”
Izzue Islam menambah walaupun usianya masih muda, beliau yakin akan mampu menjadi bapa yang baik & kehadiran anak dalam hubungan yang dibina mampu mematangkan beliau sebagai seorang lelaki.
sumber : http://www.rotikaya.com/
Sunday 2 June 2013
Izzue Islam-Awin Nurin ^^
Izzue Islam & Awin Nurin Sah Bergelar Suami Isteri
Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa set barang kemas, wallet dan jam, sebuah Al-Quran, wang hantaran, cincin, beg tangan berjenama Fossil dan sepasang jubah.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran berupa sepasang baju melayu, set minyak wangi Paco Rabanne, set sejadah dan Al-Quran, tepak sireh, ‘passport holder’ berjenama Tissot, sebuah laptop Macbook Air, dan juga manisan berupa coklat.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.
Umum mengetahui , Izzue bertunang dengan Awin pada Jun 2012 .
Dalam temubual dengan Sinar Harian Online sebelum ini, Izzue akui sudah menjalin cinta dengan Awin sejak lima tahun lalu.
“Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang. Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata Izzue Islam.
Istimewa awin Nurin di mata Izzue Islam
Berkonsepkan perkahwinan dalam taman, pasangan ini bakal bernikah pada jam 9 pagi dan bersanding pada jam 2 petang di Shah Alam.
“Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue.
Bercakap soal bulan madu, pasangan ini terpaksa menangguhkan perancangan untuk berbulan madu sehingga bulan Julai kerana jadual Izzue yang padat.
Pemenang Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 ini juga berserah kepada ALLAH untuk dikurniakan zuriat dan tidak merancang apa-apa mengenainya.
# sumber : http://www.ohbulan.com/
: http://www.sinarharian.com.my/hiburan
: http://www.rotikaya.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)