HOME la dolce' me petua c & s

Thursday 23 January 2014

pengalaman pertama aku memasak : sungguh tragis :D

 
 
ALHAMDULILLAH :) foa , aku  nak ucapkan bebanyak terima kasih bagi yang sudi singgah kat sini . so , malam ni maybe post terakhir aku , sampai lah khamis minggu depan memandangkan abah nak bawak wifi dia ni esok , ke Johor . ada apa dengan Johor ?? haha , abah buat PHd kat sana . so nak-tak-nak , dia kena rajin kan diri ke sana :)
 
so malam ni act aku nak cerita first experience aku goreng ayam + ayam masak merah + daging kicap . wahwah , layak masuk masterchef gamaknya :P
 
semuaorang ada first experience ,kann . tipu laa kalau kau cakap kau lahir-lahir je dah terror masak , kalah chef zamir dalam masterchef tu :P haha , kenapa aku bandingkan korang dengan chef zamir ? sebab aku suka dia , no doubt ! *k gurau yang bab no doubt tu* :P 
 tapi aku memang suka dia pun :P *hihi ...
haha , disebabkan aku merupakan seorang banduan asrama , so bab masak-memasak ni aku kureng sikit . *serious aku jujur gila ni !* . so , bila dah habis sekolah ni , umi and abah duk bising lah suruh aku belajar masak . kau kalau bagi aku goreng telur ke , tumis belacan ke , goreng ikan kering ke , panaskan lauk semalam ke , aku dah memang terror yangamat dahh ... tapi tak boleh kalahkan chef zamir laa :P haha .
 
tapi bilamana dah masuk bab2 goreng ayam , daging bagai , memang ...... huh ==' tak terluah rasanya . cewahh , over pulak aku ni :P selama ni aku duk tolong potong2 bawang je . masak nasi . apa2 yang budak darjah 6 pun reti buat lahh .
 
fyi , semua pengalaman aku memasak ni , aku lalui sorang-sorang tau , sebab umi and abah pergi kerja , adik2 pergi sekolah , tinggal aku and atuk aku yang 9series tu je kat rumah . aku pun dah jadi nurse separuh hari untuk atuk aku tu :)
so , first time aku goreng ayam , aku siap bedal cermin mata abah lagi , sebab nak pakai time goreng tu . takut2 laa , keluar pulak surat khabar frontpage , " seorang budak perempuan buta akibat menggoreng ayam ! " . hah , tak ke naya ?! *alasan !* :P
 
kalau dulu , aku goreng telur pun pakai sarung tangan chef tu . punya laa sayang tangan :D tapi , since menda alah tu hilang , aku main hentam keromo je masak kat dapur tu :) 
 
lagu2 favourite tak dilupakan . aku pasang lagu kat phone then dengan riang ria nya menyanyi-nyanyi sakan , macam dah pro sangat je memasak , haha :D 
 
then , aku buat ayam masak merah pulak . 2-3 kali aku renovate masakan aku tu , sampai pahit rasa kuah ayam tu , haha XD mana tak pahit . lepas siap je ayam masak merah tu , kuah dia kurang garam laa , sos laa apa laa , so aku masak balik semula . and hasilnya ... sedap ! tapi pahit sikit ==''
 
and harini aku masak daging masak kicap pulak . and seriously sedap gila kott ! cewahh :P
cuma daging dia liat sikit sebab cara aku potong daging tu tak berapa nak betul . 
 
tapi aku puas hati . semua first trial aku , membuahkan hasil yang meleTOP !
even ada la sikit cacat celanya . umi kata , masih boleh dibaiki :) everyone fall and success when they dare to stand up again , kann ??
 
aku rasa , mesti ramai yang bertuah merasai first experience memasak macam aku .
doakan aku pandai masak tahap chef zamir tau satu hari nati :P
so , this is my experience . awak ?? :)
 
 
 
 
:: maassalamah . AsSalam ::
 
 
 
 
# korang rasa teruk sangat ke aku sebab baru nak 
berjinak-jinak dengan bidang memasak ni ?? hmmm ... 

Wednesday 22 January 2014

kenangan sebagai budak asrama : takde air ==''

 
 
ALHAMDULILLAH ! kita still diberi peluang untuk berubah :)
haiih . bila terkenang kisah-kisah and pengalaman hidup sebagai budak asrama , baru aku sedar yang aku sangat RINDU kenangan tu semua . ulang suara , RINDU SANGAT !
 
even kenangan takde air time pepagi buta untuk mandi pun aku rindu :') time tu laa kau nak practise survive dalam keadaan darurat , kotkot laa suatu hari nanti kau sesat dalam hutan ke , takde laa kau just menangis sambil hentak-hentak kaki then cakap , " nak balik !! nak mandi air panas !! huwaaa... " . sungguh hiperbola makhluk macam ni :D

cerita pasal takde air ni , air kat sekolah aku ni boleh dikategorikan sebagai pemalas . bila time kitorang balik cuti *hoorayy ! , then balik semula ke asrama tu , air mesti buat hal .maklum laa , time budak-budak bercuti , dia duk berjimba je kat dalam tangki tu . dah bila time kena kerja balik , mula laa , mengada-ngada ! cewahh , macam kau laa :P eh , ye ke ? ke macam aku ?? :P  tapi kekadang je laa . ada masa , dia rajin je .

bukan setakat pemalas . ada certain time tu , dia mogok time pepagi buta and petang . kau bayangkan , time-time cenggitu laa saat genting untuk kitorang mandi . pepagi , sebab kitorang nak pergi sekolah . petang , kitorang nak basuh baju and pergi prep ( preparation class ) . sudahnya , ada laa makhluk-makhluk yang pergi sekolah and prep bertemankan encik/puan/cik/dato'/datin/tan sri/puan sri lalat ! bau mereka , nauzubillah , Tuhan je yang tahu . kau siap tak boleh beza lagi mana satu mereka mana satu bakul sampah . *okey aku tipu XD tak laa ketara macam tu kot . hmm , entah laa . aku pun tak reti nak describe . cuba kau bau badan kau time kau tak mandi seharian , haa cenggitu laa kott . eh ,tapi fenomena takde air ni bukan sehari dua je , mau makan masa 3-4 hari . so , makananya , kalau kau nak maklumat lebih jelas pasal bau mereka tersebut , kau bau laa badan kau bila tiga-empatharian kau tak mandi :D


kenangan aku paling tak boleh lupa pasal fenomena takde air di asrama , bilamana aku with Atieyq , Amy , Aimi and Jieha terlewat bangun pada lastday sekolah time kitorang form 4 (2012)  :D haha , pukul berapa kitorang bangun , dirahsiakan :P then , pepagi tu air tetiba pulak ambik cuti awal . orang lain dah get ready nak pergi sekolah , dengan muka teruja sebab itu lastday sekolah , kitorang dengan muka ala2 sleeping beauty baru bangun tidur , terkocoh-kocoh capai apa yang patut , sarung selipar toilet , then dengan muka tembok jalan laju2 pergi dewan . kitorang kalau takde air , ada 4 tempat jadi sasaran , 1. dewan , 2. pondok pak guard pun kitorang bedal je , 3. toilet cikgu kat sekolah . time2 ni laa kitorang ambik peluang guna tandas cikgu yang wangi tu and buat macam toilet tu kitorang yang beli dari kerajaan , 4. surau .

okey , sambung cerita tadi . kitorang pun masuk laa dalam bilik persalinan kat tepi dewan tu . dalam bilik tu ada 3 shower , 2 toilet duduk . bau dia ... malas aku cerita . kau paham2 je laa . time tu , air dalam bilik persalinan tu pun dah tak banyak . memandangkan kitorang golongan budak pandai yang paling last mandi , bilik tu kosong ! :D so , antara kitorang berlima , ada sorang yang kena mandi kemudian .maknanya empat yang lain madi dulu , then baru budak sorang lagi . time tengah sedap2 mandi , suddenly kitorang dengar announce dari asrama , suruh kosongkan asrama and gerak ke sekolah . haha , so apa jadi kat budak lagi sorang tu ?? sudahnya tak mandi laa XD sempat gosok gigi and cuci muka je . siapa budak tu ?? identiti dirahsiakan , cewahh :P

kitorang bersiap-siap dalam tu , tapi bukan bersiap nak pergi sekolah , tapi bersiap untuk balik asrama sebab baju semua kat asrama . kitorang pun jenguk ke luar nak tengok , line clear ke tak . haha , malang tak berbau beb , cikgu disiplin kitorang yang paling ditakuti , Ustaz Fakhzan , tengah ronda-ronda depan asrama . serious beb , cuak gila ! mujur kitorang selamat . so , kitorang duduk laa dalam bilik tu sambil fikir alasan apa nak bagi kalau kantoi , sampai laa 10 minit lepas perhimpunan kat dataran tamat . dataran tu dengan tempat persembunyian kitorang , tak jauh mana pun . so , kalau kitorang mencilok balik asrama time perhimpunan , komfem2 kantoi ! 

after , kitorang selamat masuk asrama tu , kitorang terserempak dengan biro asrama and pengawas asrama yang tengah sibuk check dorm memandangkan itu lastday sekolah :) haha , kitorang cepat-cepat bersiap . mujur biro2 bagai tu semua , kawan kitorang jugak , bakal pentadbir asrama tahun depannya (2013) . kitorang buat muka innocent + seposen je bila kena tegur , haha :P jahat kann .

finally , alhamdulillah kitorang selamat sampai ke sekolah and kelas :) cara kitorang jalan nak pergi sekolah tu memang innocent habis , muka macam tak buat salah je . jalan sambil gelak-gelak , macam semua yang jadi tadi tu hanyalah khayalan semata-mata , haha :D

bila ingat balik semua tu , aku rasa rinduuuuu sangat kawan2 aku :')
 rindu nak lepak sama2 :' ), makan maggi memalam buta sama2 sambil ber'gossip' :') , struggle sampai tak tido sama2 time exam ( jangan tiru aksi tersebut ! ) :') , buat milo sama2 :') , study sama2 :') , basuh baju sama2 :') , share masalah sama2 :'), tidur sama2:')  , tidur time kelas bio sama2  :') , kena denda sama2 :') , buat nakal sama2 :') , semua yang kita buat sama2 lah :')



aku rindu korang sangat2 !! itu laa pengalaman aku yang dapat aku kongsi sepanjang aku hidup sebagai budak asrama ni . mungkin , masa kita lalui pengalaman tu , pedih sangat rasa dia . and bila benda tu dah jadi kenangan yang patut disimpan dalam muzium , kau akan senyum sorang2 and kau akan rindu semu tu :') trust me dear ! btw , doakan kami dapat result yang baik ea dalam SPM 2013 ni :)
 
:: maassalamah , AsSalam ::




Monday 20 January 2014

hukum membaca/mempercayai HOROSKOP !

 
 
 ALHAMDULILLAH . kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi yang sangat indah ni :)
 
so , harini aku tak nak cakap banyak . tadi, aku sesaja je nak try-test google pasal HOROSKOP ni . then , aku sangat bersyukur bilamana mata aku ni tertancap kat satu article ni pasal hukum membaca/percaya horoskop ni .
 
so , kawan2 semua . please paham betul2 apa yang aku cuba nak sampaikan ni and ambik iktibar from this article . jangan just sekadar baca , then kau buat macam article ni tak pernah wujud dalam kotak minda kau , k ?? :D
 
do read this . moga2 kita sama2 dapat manfaatnya :)
 

Haram Percaya Horoskop 40 hari solat tak diterima

ORANG Islam tidak boleh terpengaruh dengan horoskop walaupun sedikit pun kerana ia boleh menjejaskan akidah. Malahan, mereka yang membacanya tidak kira percaya atau tidak adalah sama perbuatannya dengan berjumpa dengan tukang tilik di mana solat mereka tidak diterima Allah selama 40 hari. 

Menurut pensyarah kanan di fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, perkara itu adalah berdasarkan kepada penyelidikannya ke atas ulasan ulama Yusuf al- Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang atau horoskop.

“Ada yang berpendapat boleh membaca dan ada yang kata tidak boleh membaca walaupun sekadar suka-suka. " Ulasan Yusuf al- Qadrawi memberi maksud bahawa perbuatan membaca walaupun hanya suka-suka sama seperti pergi menemui tukang tilik atau tukang ramal.

“Jadi, amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhkan" . Nik Salida seterusnya memberitahu, ramai yang membaca ramalan bintang itu sekadar suka-suka tetapi perbuatan itu tetap dipandang salah. Ini kerana katanya, daripada perbuatan suka-suka itulah yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi takjub seterusnya mempercayai apa yang dibaca oleh mereka.

Nik Salida bagaimanapun memberitahu, membaca dengan tujuan untuk mempelajari sama ada halal atau haram, membantah, menjelaskan sesuatu perkara ada perlu dan menjadi wajib untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

 

Boleh sebabkan syirik – Dr Zahazan

MEMPERCAYAI ramalan bintang atau horoskop jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Perkara itu disuarakan oleh pensyarah di Pusat Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysian (UIAM), Dr Zahazan Mohamed yang bersetuju bahawa horoskop tidak boleh dibaca walaupun sekadar untuk bersuka-suka.

“Bintang dijadikan Allah dengan tiga tujuan iaitu menjadi perhiasan di langit, petunjuk kepada ahli musafir atau pengembara dan untuk merejam syaitan. Sekiranya tujuan bintang itu disalah gunakan, dikhuatiri ia akan membawa kepada perkara-perkara syirik,” kata Dr Zahazan.

Dr Zahazan juga memberitahu perkara itu sudah dibincangkan sebelum ini dan sudah dikeluarkan fatwa mengatakan ramalan bintang itu adalah haram. Namun katanya, perkara itu terus berlaku disebabkan tiada pemantauan yang dibuat secara bersungguh-sungguh dan kesedaran yang secara menyeluruh di kalangan penguat kuasa dan para media itu sendiri.

“Jelas di sini, orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan perkara ini walaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah,” tegas Dr Zahazan.

 Officially thanks to Lepakk Group :)




 :: maassalamah . AsSalam ::

Sunday 19 January 2014

manfaat berwudhu' sebelum tidur :)

 
  so today , once again aku nak share ilmu with uolls :)
suddenly aku rasa nak google hikmah berwudhu' sebelum tidur , memandangkan aku ni jenis yang basuh kaki je sebelum tidur :P bilamana hati tetiba rajin , atau tak pun , after tengok movie seram tahap takhengat tu ,  baru laa nak ambik wudhu' sebelum tidur :D

so , moga2 article ni bermanfaat untuk kita semua k , i'Allah :)
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Officially thanks to Detik Islam :)



:: maassalamah , AsSalam ::

Saturday 18 January 2014

kelebihan memiliki anak perempuan :)

 
attention ! jangan salah paham . ni bukan aku k . BTW , adess , cantik sungguh ciptaan Tuhan ni kann ?? :)
alhamdulillah :) cuti aku kat rumah dimanfaatkan dengan 'agak' baik . cewahh .
so , tetiba aku rasa nak google2 pasal kelebihan anak perempuan ni , memandangkan aku juga salah seorang daripada golongan tersebut .
 
alkisah aku suddenly duk berhajat nak post ilmu ni bilamana aku terfikir ,
'mesti susah kan umi n abah nak pelihara aku memandangkan untuk membela anak perempuan memakan belanja yang double berbanding anak lelaki .'
ehehh , betul . ye laa , hangpa pikiaq (pikir) sendiri laa , yang sampai jadi double tu pasai apa ? tang mana sampai mahai (mahal) sangat nak bela anak perempuan ni ? okey girls ...that is our girls-story and only us ;D just shut up and think it by yourself , k ?! XD

so , anak2 perempuan semua . jangan risau if kadang2 kita 'ter'susah kan mak n ayah kita for bought our stuff . kalau uolls rasa nak tebus semua kebaikan parents uolls , jadilah anak perempuan yang solehah dan beriman , i'Allah God will grant our parents with the better life in this world till Jannah :)

do read this article , k :') moga2 kita sama2 dapat manfaat nye .
Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?

Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Officially thanks to Tanyalah Ustaz :)
 :: maassamah , AsSalam ::

Thursday 2 January 2014

2014 :)

 
 
ALHAMDULILLAH . welcome 2014 .
i'm officially 17 years 1 week young lady XD
#syukur #real teen #no books #no hostel #no extra class #freedom #mission SPM , done !
 
 
 


Photo: this was us yesterday before our last outing together :) even the place is just east coast mall , but we were happy because of it :) thanks for this wonderful friendship 5 ARCHIMEDES ~ p/s : che jadi photographer
background : padang intek :)
 
Allah will grant us success after our hardship
:: maassalamah . As Salam ::