HOME la dolce' me i you we them petua c & s

Monday, 20 January 2014

hukum membaca/mempercayai HOROSKOP !

 
 
 ALHAMDULILLAH . kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi yang sangat indah ni :)
 
so , harini aku tak nak cakap banyak . tadi, aku sesaja je nak try-test google pasal HOROSKOP ni . then , aku sangat bersyukur bilamana mata aku ni tertancap kat satu article ni pasal hukum membaca/percaya horoskop ni .
 
so , kawan2 semua . please paham betul2 apa yang aku cuba nak sampaikan ni and ambik iktibar from this article . jangan just sekadar baca , then kau buat macam article ni tak pernah wujud dalam kotak minda kau , k ?? :D
 
do read this . moga2 kita sama2 dapat manfaatnya :)
 

Haram Percaya Horoskop 40 hari solat tak diterima

ORANG Islam tidak boleh terpengaruh dengan horoskop walaupun sedikit pun kerana ia boleh menjejaskan akidah. Malahan, mereka yang membacanya tidak kira percaya atau tidak adalah sama perbuatannya dengan berjumpa dengan tukang tilik di mana solat mereka tidak diterima Allah selama 40 hari. 

Menurut pensyarah kanan di fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, perkara itu adalah berdasarkan kepada penyelidikannya ke atas ulasan ulama Yusuf al- Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang atau horoskop.

“Ada yang berpendapat boleh membaca dan ada yang kata tidak boleh membaca walaupun sekadar suka-suka. " Ulasan Yusuf al- Qadrawi memberi maksud bahawa perbuatan membaca walaupun hanya suka-suka sama seperti pergi menemui tukang tilik atau tukang ramal.

“Jadi, amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhkan" . Nik Salida seterusnya memberitahu, ramai yang membaca ramalan bintang itu sekadar suka-suka tetapi perbuatan itu tetap dipandang salah. Ini kerana katanya, daripada perbuatan suka-suka itulah yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi takjub seterusnya mempercayai apa yang dibaca oleh mereka.

Nik Salida bagaimanapun memberitahu, membaca dengan tujuan untuk mempelajari sama ada halal atau haram, membantah, menjelaskan sesuatu perkara ada perlu dan menjadi wajib untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

 

Boleh sebabkan syirik – Dr Zahazan

MEMPERCAYAI ramalan bintang atau horoskop jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Perkara itu disuarakan oleh pensyarah di Pusat Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysian (UIAM), Dr Zahazan Mohamed yang bersetuju bahawa horoskop tidak boleh dibaca walaupun sekadar untuk bersuka-suka.

“Bintang dijadikan Allah dengan tiga tujuan iaitu menjadi perhiasan di langit, petunjuk kepada ahli musafir atau pengembara dan untuk merejam syaitan. Sekiranya tujuan bintang itu disalah gunakan, dikhuatiri ia akan membawa kepada perkara-perkara syirik,” kata Dr Zahazan.

Dr Zahazan juga memberitahu perkara itu sudah dibincangkan sebelum ini dan sudah dikeluarkan fatwa mengatakan ramalan bintang itu adalah haram. Namun katanya, perkara itu terus berlaku disebabkan tiada pemantauan yang dibuat secara bersungguh-sungguh dan kesedaran yang secara menyeluruh di kalangan penguat kuasa dan para media itu sendiri.

“Jelas di sini, orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan perkara ini walaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah,” tegas Dr Zahazan.

 Officially thanks to Lepakk Group :)




 :: maassalamah . AsSalam ::

No comments: