HOME la dolce' me petua c & s

Sunday 28 April 2013

gabungan bahan sejarah kertas 3 mid-year exam 2013 :)


KONSEP 1 MALAYSIA !
 

Nilai-nilai Murni



Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni
termasuk nilai-nilai berikut:

Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara
semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya
kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan
peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh
sensitiviti kaum.

Rendah hati (Tawadhuk) : Rasa rendah hati atau Tawadhuk
adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam
satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara
harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum,
malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang
sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masingmasing
demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

Kesederhanaan : Ialah pendekatan sederhana dalam apa
jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak
langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada
masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

Berbudi-bahasa : Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah
laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala
interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana
kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan
cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat
tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental
dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia
dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara
yang tercinta.

Kebijaksanaan : Ialah cara berhadapan dengan sebarang
masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku
perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan manamana
pihak yang lain.


 Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai 1 Malaysia ) 

‘1  MALAYSIA’
Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Rakyat Malaysia  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.  Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.   Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan  sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.   Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.  

 
MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MAJU  (CABARAN)

Malaysia Sebagai Negara Maju Sepenuhnya - Satu Takrif

Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kita sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan. Kesembilan matlamat utama yang dinyatakan ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Tetapi tentulah memeranjatkan jika cabaran strategik pertama yang saya sebutkan - mewujudkan negara Malaysia bersatu - tidak akan menjadi keutamaan yang paling asas, paling pokok.

Oleh sebab apa yang akan saya katakan pada pagi ini banyak tertumpu pada pembangunan ekonomi, izinkan saya tekankan sekali lagi bahawa pembangunan sepenuhnya ke arah masyarakat maju yang kita cita-citakan - walau macam mana setiap kita mahu mentafsirkannya - tidak boleh dimaksudkan pada kemajuan kebendaan dan ekonomi sahaja. Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjadi satu-satunya matlamat paling utama untuk memenuhi keperluan negara kita.

Oleh sebab Majlis ini perlu menumpukan perhatian pada isu pembangunan ekonomi dan keadilan sosial ekonomi, yang bagi negara ini perlu diusahakan bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah, izinkan saya jelaskan tanggapan mengenai cabaran strategik utama yang berkaitan dengan dua matlamat penting ini.

Pada ketika ini, lebih baik kita jelaskan dengan lebih terperinci matlamat mewujudkan keadilan ekonomi dalam masyarakat.

Daripada serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan geografi. Semua tinggal di kawasan di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.

Negara ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk. Kita mesti menyediakan secukupnya keperluan asas seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan, dan semua keperluan asas yang lain. Malaysia yang maju perlu mempunyai kelas menengah yang besar dan bertenaga dan menyediakan peluang secukupnya untuk mereka di peringkat bawahan keluar daripada belenggu kemiskinan relatif.

Mata serampang kedua, iaitu memansuhkan pengenalan kaum berasaskan fungsi ekonomi utama, juga diterima umum walaupun ada yang beranggapan bahawa ia boleh dicapai tanpa mengubah sebarang kedudukan. Jika kita ingin membina masyarakat adil, kita mesti menerima beberapa tindakan tegas Ini bermakna dalam pelbagai sektor pekerjaan yang penting, campuran pelbagai kaum yang mewujudkan negara Malaysia patutlah ada. Melalui usaha yang sah, kita mesti memastikan imbangan yang adil dalam profesion dan semua kategori pekerjaan utama. Sudah tentu kita juga mesti menekankan mutu dan kebolehan. Tetapi kita mesti memastikan pembangunan sihat masyarakat Bumiputera yang mampu dan gigih dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang sama. Ini mustahil individu, melalui kita, kita semua akan mempunyai nilai ekonomi yang berlainan, dan akan menerima Kesamarataan dalam pendapatan diperjuangkan oleh fahaman sahaja mustahil tetapi tidak ada ia satu formula untuk kehancuran.

Tetapi saya yakin bahawa merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan memang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti kita usahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi.

"Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum - termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak - dalam sektor ekonomi kita yang cepat membangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan, pengurusan dan hakmilik ekonomi moden.

Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya. Memang ada keperluan untuk menjamin kewujudan masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf dengan masyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi mental dan perubahan budaya. Semua tugas untuk memajukan diri perlu kita lakukan sendiri. Dalam usaha memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif - pada kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat.

Untuk mewujudkan masyarakat makmur, kita boleh menetapkan beberapa banyak matlamat yang berasaskan aspirasi. Saya yakin bahawa kita harus menetapkan matlamat yang munasabah (sebagai lawan kepada matlamat beraspirasi) untuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar kita setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020. Jika kita lakukan ini, KDNK kita akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. KDNK kita pada 1990 ialah $115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut menjadi kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990).

Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira tujuh peratus (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Diakui bahawa ini anggaran menetapkan matlamat yang tinggi diri kita untuk gigih berusaha.

Kita mesti waspada akan 'keasyikan pertumbuhan', iaitu bahaya mengejar angka pertumbuhan yang ditetapkan tanpa menghirau iltizam yang perlu untuk menjamin kestabilan, mengawal kadar inflasi supaya sentiasa rendah,menjamin kadar pengekalan, membangunkan mutu hidup kita dan taraf hidup, dan pencapaian matlamat sosial lain. Ini akan menjadi usaha yang sukar dengan pelbagai kejayaan dan kegagalan. Tetapi saya yakin ini dapat dilakukan.

Pada 1960-an, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 5.1 peratus setahun; pada 1970-an, dekad pertama DEB, pertumbuhan Malaysia adalah pada kadar purata 7.8 peratus; pada 1980-an kerana tahun-tahun kemelesetan, pertumbuhan kita ialah pada kadar purata 5.9 pcratus setahun.

Jika kita mengambil 30 tahun lalu KDNK kita meningkat setiap tahun dalam nilai sebenar pada kadar purata 6.3 peratus setahun. Jika kita mengambil 20 tahun lalu, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 6.9 peratus setahun. Yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus. Sudah pasti jika kita berusaha sepenuhnya, Insya-Allah 0.1 peratus ini dapat dicapai.

Jika kita berjaya, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5 peratus, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar) berbanding 1990. Itulah ukuran masyarakat makmur yang kita inginkan dan harap dapat mencapainya.

Perkara kedua dalam matlamat ekonomi kita ialah usaha menjamin kewujudan ekonomi yang bersaing. Ekonomi sedemikian patut dapat bertahan bagi tempoh yang lebih lama, bersifat dinamik, giat dan kental. Ia mesti membawa maksud, antara lainnya: Ekonomi yang pelbagai dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas asasnya, sektor pertanlan yang matang dan maju dan sektor perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang; Ekonomi yang cepat bertindak, pantas menyesuaikan n persaingan; Ekonomi yang mempunyai teknologi yang cekap, mampu sepenuhnya disesuaikan, diubahsuai dan dicipta, ekonomi yang semakin berpusat pada teknologi, bergerak kearah aras teknologi yang semakin tinggi; Ekonomi yang mempunyai hubungan perindustrian yang kukuh dan saling berkaitan dengan keseluruhan sistem; Ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pemikiran, kemahiran dan ketekunan dalam menguasai kekayaan maklumat,dengan pengetahuan mengenai apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya; Ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran tinggi dan terus meningkat dalam hubungannya dengan semua faktor pengeluaran; Ekonomi keusahawanan yang berdikari, berpandangan luas, bersifat cergas dan berdaya usaha; Ekonomi yang dikekalkan dengan etika kerja contoh, kesedaran terhadap mutu dan usaha ke arah kecemerlangan; Ekonomi yang ditentukan sifatnya dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah; dan Ekonomi yang dikuasai oleh disiplin dan kawalan

Ramai antara kita dalam Majlis ini tidak akan berada di sana pada pagi 1 Januari 2020. Tidak ramai, rasa saya. Beban memastikan satu generasi dari sekarang, sudah pasti akan dilakukan oleh pemimpin yang kita. Tetapi kita mesti ankan tugas kita untuk yang kita mahukan. Dan marilah kita letakkan batu asas untuk mereka meneruskan pembinaannya.


1 Malaysia !

7. HURAIAN

7.1. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwajudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 
1Malaysia juga akan mewujudkan sesebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
7.2. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
7.3. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
7.4. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
7.5 Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan peribadi demi Negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
7.6. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat kerajaan yang sewajarnya.
7.7. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
7.8. Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
 

8. PRINSIP TERAS 1MALAYSIA

1Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL


8.1. PRINSIP PENERIMAAN
Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagainya rakan setia.
8.2. PRINSIP KENEGARAAN
8.2.1. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi 
mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
8.2.2. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dinegara ini.
8.2.3. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
8.2.4. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
8.3 PRINSIP KEADILAN NASIONAL
8.3.1. Setiap kaum dinegara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
8.3.2. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti

9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN
9.1.1 Pengalaman budaya cemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
9.1.2 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
9.1.3 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
9.1.4 Ketepatan pengukuran,jadual penyampaian dan kualiti berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
9.1.5. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.
9.1.6. Negara luar akan mengiktirafkan Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam system perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

9.2. KETABAHAN
9.2.1 Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
9.2.2. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai seduatu matlamat.
9.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
9.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan hendaklah memperbaikinya secara positif.
9.2.5. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
9.2.6. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
9.2.7. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan Negara.

9.3 RENDAH DIRI
9.3.1. Rasa rendah diri adalah suatu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
9.3.2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk malu atau mengalah dengan orang lain.
9.3.3. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
9.3.4. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
9.3.5. Sikap merendah ini perlu bersesuain dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
9.3.6. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekerasan dan penindasan.

9.4. PENERIMAAN 
9.4.1. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
9.4.2. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua bentuk perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
9.4.3. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan membina sebuah Negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
9.4.4. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
9.4.5. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.
9.4.6. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

9.5 KESETIAAN
9.5.1. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kapentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
9.5.2. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
9.5.3. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
9.5.4. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan antara dua pihak.
9.5.5. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
9.5.6. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambing setia kawan.
9.5.7. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
9.5.8. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
9.5.9. Kesetian perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
9.5.10. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berdasarkan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
9.5.11. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tampa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
9.5.12. Perhubungan yang berasasjan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan .

9.6. MERITOKRASI
9.6.1. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi criteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
9.6.2. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-setet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
9.6.3. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
9.6.4. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
9.6.5. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
9.6.6. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran yang terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
9.6.7. Prinsip meritokrasi membudayakan mesyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.

9.7 PENDIDIKAN
9.7.1. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
9.7.2. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
9.7.3. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
9.7.4. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernacular.
9.7.5. Semua aliran samaada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mecari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
9.7.6. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
9.7.7. Budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.

9.8. INTEGRITI
9.8.1. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

9.8.2. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
9.8.3. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
9.8.4. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
9.8.5. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
9.8.6. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan unutk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
9.8.7. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
9.8.8. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan Negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
9.8.9. Budaya cemerlang adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.

10. KESIMPULAN

Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai anatara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan Negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita dimana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang menpunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya, semua rakyat Malaysia perlu mandasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.


BAGAIMANA RAKYAT DIDAHULUKAN

  • ·         KLINIK 1 MALAYSIA
  • ·         PASPORT SIAP 1 JAM
  • ·         MYCARD SIAP 1 JAM
  • ·         TUNGGU RAWATAN 30 MIN
  • ·         HARGA BARANG TERMURAH
  • ·         PENDIDIKAN PERCUMA
  • ·         PERKHIDMATAN CEPAT, PANTAS
  • ·         VALUE FOR MONEY
  • ·         PERKHIDMATAN KAUNTER
  • ·         MESRA PELANGGAN
  • ·         KADAR JENAYAH TURUN
  • ·         RAKYAT RASA SELAMAT
  • ·         HIDUP TANPA RASUAH
  • ·         PENGANGKUAN AWAM EFISYEN
  • ·         INFRASTRUKTUR MEMUASKAN
  • ·         NEGARA AMAN DAMAI