HOME la dolce' me petua c & s

Wednesday 29 May 2013

bahan(little-little je ni...) projek add math 2013 - pahang

 
 
haii awak-awak semua . today , aku nak share sikit bahan-bahan for projek add math form5 2013 . tapi seriously , sikit je laa , just untuk soalan 2 ^^  sorry if saye tak dapat penuhi hajat awak ;)
lain kali aku sharing-sharing lagi ea bila dah siap . itu pun kalau aku 'nak'  siapkan :P
 
 
CCTV


Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan CCTV

1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri,

untuk pemasangan CCTV di rumah/premis anda, perkara yang saya senaraikan adalah mencukupi


a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 bnc output/1 vga output/1 network port/
b) 500Gb Hard disk
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah murah
d) Sistem boleh di lihat melalui web browser dan internet melalui streamyx anda

Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti motion detection/gsm alert/atau fungsi PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ ini.

2.Kos


Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya pernah terjumpa satu offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumla keseluruhan RM2000++.Entri ini dibuat supaya anda boleh bersedia dengan bajet yang berpatutan.

Ok sebagai panduan. CCTV perlu ada komponen komponen ini untuk ianya berfungsi. Sila pastikan komponen ini termasuk dalam pakej atau dalam senarai anda

a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4 channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8 channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu dvr ialah 16 channel
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel

b) Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus. Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR
(Anggaran KOS RM400) untuk 4 kamera

c) Hard disk - Dengan kapasiti 500Gb
(Anggaran KOS RM160)

d) BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu 10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter
(Anggaran KOS RM80)

e) Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera
(Anggaran KOS RM80)
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda

f) Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu buat extension elektrik berhampiran kamera
(Anggaran KOS rm40)

Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00

Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan item (e) dan (f)

Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap kamera
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200

anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera
anggaran kos : congigure streamyx RM200.00
keseluruhan kos pemasngan ialah RM1,2000

* SILA AMBIL PERHATIAN, SEMUA KOS DIATAS ADALAH ANGGARAN SAHAJA,BERDASARKAN PEMERHATIAN KE KEDAI KEDAI CCTV


KEPENTINGAN NOMBOR INDEKS


Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan  dengan ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan sebagai tahun asas. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks manjadi satu altenatif untuk membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasakan tahun asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara tempoh.

                Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh  negara untuk mengaitkan maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos gunatenaga, harag indeks bagi pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga pengguna, purata perindustrian Dow Jones,indeks output,purata 225 Nikkei. Bab ini, walaupun membincangkan kepentingan indeks saham dan lain-lain, akan memfokuskan lebih kepada harga,kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan khusus kepada indeks harga.

                Motivasi bagi penggunaan nombor indeks ialah untuk mengurangkan data kepada bentuk senang-diguna dan lebih sesuai. Sebagi contoh, ujian data mentah keatas bilangan perniagaan di United States bermula dari 1985 hinggan 1997 ditunjukkan di Jadual 17.1. Penganalisa boleh mnerangkan data dengan memerhatikan bahawa, secara amnya, bilangan perniagaan telah menurun sejak 1986. bagaimana bilangan perniagaan tahun 1995 dibandingkan dengan 1985? Bagaimana bilangan permulaan perniagaan tahun 1997 dibandingkan dengan 1990 atau 1991? Untuk mejawab persoalan ini  tanpa nombor indeks, penyelidik mungkin perlu pergi ke suatu tempat untuk mengurangkan bilangan permulaan perniagaan bagi tahun semasa dan membandingkan peningkatan dan penurunan berkenaan. Proses ini mungkin proses yang menjemukan bagi pembuat keputusan yang perlu memaksimakan usaha dalam masa yang minimum. Menggunakan nombor indeks ringkas, penyelidik boleh menukarkan data tersebut kepada nilai yang lebih boleh-guna. Sebagai tambahan, kadangkala adalah lebih mudah untuk membandingkan tahun lain kepada tahun asas yang khusus.


CONTOH KEGUNAAN NOMBOR INDEKS


Andaikan jabatan buruh negeri ingin membandingkan kos pembelian makanan keluarga sepanjang tahun. Jabatan memutuskan bahawa selain menggunakan satu jenis item makanan untuk melakukan perbandingan ini, mereka akan menggunakan bakul makanan yang mengandungi lima item; telur, susu, pisang, kentang dan gula. Mereka telah mengumpulkan semua maklumat bagi lima item ini untuk tahun 1987,1992 dan 1997. Item dan harga disenaraikan dalam Jadual 17.3.
                Dari data dalam Jadual 17.3 dan formula,indeks harga agregat tidak berwajaran bagi tahun 1987, 1992 dan 1997 boleh dikira menggunakan tahun 1987 sebagai tahun asas. Langkah pertama ialah untuk mengaggregar harga bagi semua item bakul makanan bagi tahun yang diberi. Jumlah ini ditunjukkan di baris yang terakhir bagi Jadual 17.3. Nombor indeks dikira dengan menggunakan jumlah ini (bukan harga item individu) : ∑P1987 = 2.91,∑P1992=3.44 dan ∑P1997=3.93. Dari sini, indeks harga agregat tidak berwajaran dapat dikira seperti berikut.
        
Bagi tahun 1987;
              
*gune formula indeks number k ^^                 

Jadual 17.3
Harga bagi Item Bakul Makanan

Item
1987
1992
1997
Telur(dozen)
.78
.86
1.06
Susu(1/2 gelen)
1.14
1.39
1.59
Pisang(per lb)
.36
.46
.49
Kentang(per lb)
.28
.31
.36
Gula (per lb)
.35
.42
.43
Jumlah item
2.91
3.44
3.93

               
                Bagi tahun 1992;
          
*gune formula indeks number k ^^                
                              

                Bgai tahun 1997;
                              
 *gune formula indeks number k ^^          

Jadual 17.4 memberi nombor indeks bagi bakul pasaran untuk

Sunday 26 May 2013

holiday's moment ^^

 
 
ohohoii ! welcome back to myself ^^
fuhh , setelah bergelen-gelen peluh keluar dek exam kemarin , finally its over !
home sweet home ainatulmahirah , ngee *gedikk nauu(benar) budak ni !
hailaa , when keyboard ni dah depan mata , tangan ni automatik mengalami proses pembekuan(chemist) akibat kekurangan imuniti(bio) terhadap virus tersebut cewahh . nak jadi cerita nye , frekuensi(fizik) virus ni high terlampau . hamboi ainatulmahirah , gini lah gamak nye budak nak ambik SPM ,ngee ^^
 
nampak ke gaya nye , cuti aku dah nak habis for dis mid-year holiday . oh kawan2 , bawak bertenang semua . kerajaan masih lagi prihatin terhadap student yang cute lagi comel macam kita ni . cuti masih 2 minggu and sisa cuti kali ni masih panjang . but , when kita cakap pasal student yang nak ambik SPM ni , hadoii ... fening , fening *pening . no more holiday dear !
kekawan lain duk pulun stadi , aku je yang memandai isytihar diri ni cuti for 5 days ; from balik hostel until dis nite :'( . kekunun , release stress after exam . kekunun je laa kann ;P
 
 
hah , bile kita talking2 pasal holiday , ofkos ada je anak Adam yang akan disatukan . senang citer , kawin lerr . aku jugak yang tumpang happy , haha . mana aku tak happy , makan free wo hari-hari . semalam kitorang melantak kat 2 kenduri . ce *cuba kaw bayang , heaven tak heaven nya dunia ^^
 
haha , macam biasa le , habis je melantak , kitorang akan jadik juri tak bergaji untuk kasi komen pasal wedding tersebut . ada yang baguss and ada laa yang berunsur kutukan sikett bilamane wedding tu kelihatan sangat membazir and over-the-budget . even bukan kami pon yang duk klua' *keluar duit for their wedding , tapi rase ingin memberi komen itu tetap ada :P baguihh kann kami !
 
tapi , bila umi and abah mula bukak cerita 8-9 tahun akan datang , mula laa aku ni macam cacing kepanasan . kalau depa buat ayat sentap tu , huih , memang senyap tak berkutik laa aku kat belakang kereta nun . yang aku tak tahan nye , umi siap duk pesan lagi , 
"nanti kakak kawin tak moh grand2 sangat , membazir . buat simple2 je janji vogue n diberkati Allah."
 hah , kaw nampak tak ayat dia . punye jauh nauu dia pikir . huh , ibu memang selalu ingin yang terbaik for their child . aku dalam hati ni duk hentak2 kaki sambil berfikir , 
"tak ke grand n vogue tu lebih kurang ?"
tapi dalam hati je laa . karang umi makan dalam pulak kan .

khamis hari tu ( hari kemerdekaan sebab nak balik cuti 2 minggu ) , kami kena say sayonara to Damansara ! after dis no more bus , bangun awal *lebih awal dari ayam jantan , no more excercise pepagi buta . oh dear , we will miss that moment a lot ! naik cuti ni , hello Aspuri sayang ! actually title 'sayang' yang aku bagi kat Aspuri tu tak ikhlas mana pon . seriously awak2 semua , aku dah jatuh sayang kat Damansara nun . sayonara rumah 77 :') 

enough for today . wish me luck okay . your du'a is the best present ever that I have got in this world  :) stay smile for us , earthling !

hijabiz:

Indeed return to Him back by making Tawbah
Indeed He already said
Only with the remembrance of Allah do heart find peace
Search not for anything other than Him 
<3

:: massalamah . Assalam ::