HOME la dolce' me petua c & s

petua cantik & sihat :D

Assalamualaikum Dear Readers :)
Hanya nak berkongsi . tak mampu nak bagi sebarang jaminan terhadap kesahihan mahupun kesan ke atas penggunaan petua-petua tersebut . moga-moga menjadi . ingat , DOA is more important and senjata yang paling mantap . good luck y'all !


1.     MENURUNKAN BERAT BADAN
3 sudu besar teh Cina direndamkan dalam air . tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis . amalkan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur .
2.     MELANGSINGKAN BADAN
parut 2 biji lobak merah dan sebiji timun . perah airnya . campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati . amalkan minum 2 kali sehari .
3.     BIBIR MERAH
amalkan menyapu sedikit mentega atau marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur .
4.     MERAWAT JERAWAT
amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampurkan dengan madu setiap hari .
5.     PENJAGAAN KULIT MUKA
cuci muka dengan air suam . kemudian , sapu air perahan limau nipis ke muka . biarkan sekrtika dan bilas muka sekali lagi . amalkan sekali sehari .
6.     AWET MUDA
minum 3 gelas air masak sebelum basuh muka . amalkan setiap pagi sebaik bangun daripada tidur .
7.     MERAWAT KELEMUMUR
perah air limau nipis/purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala . tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam . kemudian bilas dengan air suam .
8.     PUTIHKAN KUKU
lumurkan kuku dengan minyak kelapa . cuci hingga bersih . selepas itu , lumurkan kuku dengan limau  nipis .
9.     MASALAH HAID
amalkan minum air teh yang dicampurkan sedikit kapur sireh .
10.   MUKA LICIN & HALUS  
buah tomato dikisar dan disapukan pada muka , pada waktu pagi dan malam . kemudian , muka dicuci dengan air suam .