HOME la dolce' me petua c & s

Saturday, 1 June 2013

persaingan. isnt its good ? *cerita hampir basi =='' (Johor vs Pahang)

 
 
hulaa fellas !
siapa tengok bola kat Stadium Darul Makmur semalam (kemarin) ?! cepat angkat tangan .
alaa , yang Johor lawan Pahang tu ... ade tak ?!
haha , siapa menang ? ok , kalau korang boleh jawab soalan aku tu , sememang nya korang datang dari planet lain le kott . 

haha , semalam (kemarin) terkejut aku dengar abah call cakap ada rusuhan kat stadium .
patut la aiman duk text umi cakap ramai tahap petala ke-11 orang kat stadium nun . siap mention lagi dia geram sesangat kat situ , haha *padan muka :P
cer hangpa tengok ayat dia , ngee ^^
" ramai gile orang kat stadium . geramnyeeee "
hahaha , memang aku and umi pakat gelak sakan laa ke depa ^^
tengok kat rumah lagi best , ye takk ?! itu pun kalau game tu jadi . eh eh , lupa pulak function aku tulis post kali ni . hah , ni laa aku nak bukak stori pasai peristiwa kat stadium semalam (kemarin) .
 
hailaa , tak pernah dibuat orang , pasai bola hangpa duk gaduh sakan . kfine , aku pun orang Pahang and semangat nak tengok Pahang menang bola semalam pun sangat le tinggi melangit . competition is good , tapi awak2 semua kena ingat , competition yang sihat je good . tang mana pulak hangpa blaja' compete sampai bergaduh berdarah-darah bagai ni good ?. hailaa =='' orang kite sekarang , sedih kome nengok nye :'(
 
yang aku lagi tak paham nye , yang hangpa duk jual tiket overload tu pasai apa . lagi satu che' nak haba' mai , yang tak pepasai hangpa duk fotostat tiket tu awat nya . haduii , pastu ade pulak yang duk marah2 then rempuh pintu masuk stadium bila tiket dah habih jual . hadoii ==''
 
sudah nye game tertunda . adik2 aku , balik je rumah , muka frust habih , haha . kalah orang yang kalah Akademi Fantasia nun . rase nak gelak golek2 je time tu , ngee XD  erk , kfine , aku kakak yang kejam ;P
 
so , motif aku tulis post ni bukan nak kasi hangpa hot-hot fire ke ape . just nak ingatkan diri aku and awak2 semua , persaingan itu sangat le baguiih . kalau tak de persaingan , semua orang jadi like zombie . mane tak nye , semua duk constant je , tak de pembaharuan and penambahbaikan . oh jap2 , act , persaingan yang aku maksudkan kat atas tu , lebih ke arah politik ;P tapi , persaingan tang bola ni pun tetap jugak penting . kalau tak , tak sihat laa rakyat Malaysia , betoii tak ??
 
lagi satu che' nak haba' kat hangpa ni , cer kita ingat balik , apa function persaingan2 ni diwujudkan ?
act , tanpa kita sedar , persaingan dapat eratkan silaturrahim antara kita . barulah rakyat Malaysia ni hebakk , semua pakat bersatu-padu , ye takk?? awat , hangpa tak caya ka ?? hmm ,  cer korang kenang2 balik , kalau tak disebabkan semangat nak sokong team bola masing2 , takde nye , Ganu datang Kelate , Johor datang Pahang . ye takk ? except , yang kayo and nak makan angin :) hailaa , tapi , apa pasai awak2 semua sambut depa (Johor) lagu tu semalam (kemarin)  ==''
 
huh , aku rase thats enough for tonite . karang ade pulak masuk surat khabar , candidate SPM kena saman sebab talking2 to much pasai bola dalam blog dia ^^
 
:: maassalamah . as salam ::
 
 

Wednesday, 29 May 2013

bahan(little-little je ni...) projek add math 2013 - pahang

 
 
haii awak-awak semua . today , aku nak share sikit bahan-bahan for projek add math form5 2013 . tapi seriously , sikit je laa , just untuk soalan 2 ^^  sorry if saye tak dapat penuhi hajat awak ;)
lain kali aku sharing-sharing lagi ea bila dah siap . itu pun kalau aku 'nak'  siapkan :P
 
 
CCTV


Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan CCTV

1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri,

untuk pemasangan CCTV di rumah/premis anda, perkara yang saya senaraikan adalah mencukupi


a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 bnc output/1 vga output/1 network port/
b) 500Gb Hard disk
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah murah
d) Sistem boleh di lihat melalui web browser dan internet melalui streamyx anda

Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti motion detection/gsm alert/atau fungsi PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ ini.

2.Kos


Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya pernah terjumpa satu offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumla keseluruhan RM2000++.Entri ini dibuat supaya anda boleh bersedia dengan bajet yang berpatutan.

Ok sebagai panduan. CCTV perlu ada komponen komponen ini untuk ianya berfungsi. Sila pastikan komponen ini termasuk dalam pakej atau dalam senarai anda

a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4 channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8 channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu dvr ialah 16 channel
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel

b) Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus. Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR
(Anggaran KOS RM400) untuk 4 kamera

c) Hard disk - Dengan kapasiti 500Gb
(Anggaran KOS RM160)

d) BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu 10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter
(Anggaran KOS RM80)

e) Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera
(Anggaran KOS RM80)
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda

f) Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu buat extension elektrik berhampiran kamera
(Anggaran KOS rm40)

Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00

Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan item (e) dan (f)

Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap kamera
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200

anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera
anggaran kos : congigure streamyx RM200.00
keseluruhan kos pemasngan ialah RM1,2000

* SILA AMBIL PERHATIAN, SEMUA KOS DIATAS ADALAH ANGGARAN SAHAJA,BERDASARKAN PEMERHATIAN KE KEDAI KEDAI CCTV


KEPENTINGAN NOMBOR INDEKS


Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan  dengan ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan sebagai tahun asas. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks manjadi satu altenatif untuk membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasakan tahun asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara tempoh.

                Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh  negara untuk mengaitkan maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos gunatenaga, harag indeks bagi pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga pengguna, purata perindustrian Dow Jones,indeks output,purata 225 Nikkei. Bab ini, walaupun membincangkan kepentingan indeks saham dan lain-lain, akan memfokuskan lebih kepada harga,kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan khusus kepada indeks harga.

                Motivasi bagi penggunaan nombor indeks ialah untuk mengurangkan data kepada bentuk senang-diguna dan lebih sesuai. Sebagi contoh, ujian data mentah keatas bilangan perniagaan di United States bermula dari 1985 hinggan 1997 ditunjukkan di Jadual 17.1. Penganalisa boleh mnerangkan data dengan memerhatikan bahawa, secara amnya, bilangan perniagaan telah menurun sejak 1986. bagaimana bilangan perniagaan tahun 1995 dibandingkan dengan 1985? Bagaimana bilangan permulaan perniagaan tahun 1997 dibandingkan dengan 1990 atau 1991? Untuk mejawab persoalan ini  tanpa nombor indeks, penyelidik mungkin perlu pergi ke suatu tempat untuk mengurangkan bilangan permulaan perniagaan bagi tahun semasa dan membandingkan peningkatan dan penurunan berkenaan. Proses ini mungkin proses yang menjemukan bagi pembuat keputusan yang perlu memaksimakan usaha dalam masa yang minimum. Menggunakan nombor indeks ringkas, penyelidik boleh menukarkan data tersebut kepada nilai yang lebih boleh-guna. Sebagai tambahan, kadangkala adalah lebih mudah untuk membandingkan tahun lain kepada tahun asas yang khusus.


CONTOH KEGUNAAN NOMBOR INDEKS


Andaikan jabatan buruh negeri ingin membandingkan kos pembelian makanan keluarga sepanjang tahun. Jabatan memutuskan bahawa selain menggunakan satu jenis item makanan untuk melakukan perbandingan ini, mereka akan menggunakan bakul makanan yang mengandungi lima item; telur, susu, pisang, kentang dan gula. Mereka telah mengumpulkan semua maklumat bagi lima item ini untuk tahun 1987,1992 dan 1997. Item dan harga disenaraikan dalam Jadual 17.3.
                Dari data dalam Jadual 17.3 dan formula,indeks harga agregat tidak berwajaran bagi tahun 1987, 1992 dan 1997 boleh dikira menggunakan tahun 1987 sebagai tahun asas. Langkah pertama ialah untuk mengaggregar harga bagi semua item bakul makanan bagi tahun yang diberi. Jumlah ini ditunjukkan di baris yang terakhir bagi Jadual 17.3. Nombor indeks dikira dengan menggunakan jumlah ini (bukan harga item individu) : ∑P1987 = 2.91,∑P1992=3.44 dan ∑P1997=3.93. Dari sini, indeks harga agregat tidak berwajaran dapat dikira seperti berikut.
        
Bagi tahun 1987;
              
*gune formula indeks number k ^^                 

Jadual 17.3
Harga bagi Item Bakul Makanan

Item
1987
1992
1997
Telur(dozen)
.78
.86
1.06
Susu(1/2 gelen)
1.14
1.39
1.59
Pisang(per lb)
.36
.46
.49
Kentang(per lb)
.28
.31
.36
Gula (per lb)
.35
.42
.43
Jumlah item
2.91
3.44
3.93

               
                Bagi tahun 1992;
          
*gune formula indeks number k ^^                
                              

                Bgai tahun 1997;
                              
 *gune formula indeks number k ^^          

Jadual 17.4 memberi nombor indeks bagi bakul pasaran untuk