HOME la dolce' me petua c & s

Thursday, 13 February 2014

life asrama , lagi . RINDU :'(

 
sedang menonton cerita oggy and the cockroaches . macam dah takde cerita lain nak tengok =='' nak eja word ' cockroaches ' tu pun aku kena tekan ' OK ' pada remote astro , menandakan IQ aku semakin bersawang akibat dah lama tak karang essay BI , even kalo miss aizar suruh aku karang essay BI pun , bukannya aku tulis pasal lipas segala ...
 
dan hari demi hari , aku asyik mimpi pasal sekolah , kawan-kawan , dorm and detik-detik aku cuak nak ambik SPM dulu with my precious awesome friends :')
 
kau nampak tak kat situ bahawasanya , aku rindu semua tu . ggggg . dan aku sangat tak suka bila umi tanya , 
" kakak mesti rindu sekolah kann ?? " 
 
dan aku dengan ego dan kepala batu nya menjawab , 
 
" eh mana ada . seronok apa jadi bibik kat rumah ni ... " 
 
ada nada menyindir di situ  =='' dan hakikatnya , hati aku terpekik-pekik jawab ,
'YA ! kakak rindu sesangat !!'
 
 apatah lagi tahun ni , pihak asrama dah tukar siling dorm yang baru . so , tiada lagi sesi aku mengadu takut kat amy and atieyq , bila aku takut nak tidur sebab terpandang siling . haha . satu benda yang diorang tak tahu . aku ni si penakut yang berasas . hormon 'ketakutan' tu akan meningkat bilamana aku terpandang siling yang tak berapa nak sempurna and tingkap yang kekadang tak tutup kat dorm tu :P huh . sangat rindu siling and tingkap tu . ehh ??
 
dah kenapa aku nak cerita semua benda ni kat sini . huh , aku rindu semua tu sebenarnya :'(
eheh . teringat pulak time setiap kali kitorang outing . tak sah kalau tak pergi surau (maghrib) lambat :P
balik je outing tu , bukan reti nak bersiap cepat-cepat . saja je , mandi lambat-lambat . time tu laa nak check barang beli tadi laa , mengira duit takut short laa , nak try barang yang beli tadi laa , kalau yang beli fast food tu , time tu laa nak melantak , macam malam karang dah takde XD 
 
then , bila ajk asrama announce kosongkan asrama , baru laa kekonon gelisah , " eh aku tak mandi lagi laa . weyh , tunggu aku tau kalo nak pergi nanti . " . haha :D eleh . padahal memang sah-sah laa kau tak sempat mandi kalau balik-balik outing je , kau sibuk buat itu ini . pastu , bila warden check asrama , mula laa rancang jawapan itu ini . tak pun kitorang duduk senyap-senyap dalam dorm or toilet . hihi :P *jangan tiru aksi nakal ini !
 
ada satu hari tu , time tu kitorang form 4 (2012) . kitorang berlapan time tu . kitorang memang terdesak gila nak teksi . so , kitorang merayu laa kat sorang pakcik teksi putih ni . dia pun bagi laa . kitorang pun sumbat jelaa diri masing-masing dalam tu . dah laa time tu memang dah lambat gila nak masuk asrama . alang-alang dah lambat , biar lambat terus . kitorang naik teksi tu pun , dah pukul 6 setengah , dekat pukul 7 dah . sempit woii aku cakap . dah macam tin sardin dah kalau kau tengok . dah laa time tu , bau masing-masing macam sardin basi . perghh ... superb ! XD
 
kitorang sampai asrama pun dah dekat pukul lapan . kitorang kawtim dengan pakcik guard depan sekolah tu , then naik ke asrama ikut jalan padang . tulah faedah kitorang berbaik dengan pakcik guard ni :P mentang-mentang laa senior yang tak berapa nak senior sangat time tu :D then , terhendap-hendap macam robbers kat pintu aspuri , check line clear ke tak . bila line clear je . kitorang laju-laju naik dorm , tingkat atas sekali , buat - buat rilek even dalam hati rasa macam nak pecah sebab cuak . then sampai je dorm , yeayyyy !!! selamat :D kitorang pun bersiap cepat-cepat , then jalani hidup sebagai budak hostel macam biasa . 
 
hihi . bila ingat balik semua kenakalan yang aku buat with kawan-kawan seperjuangan , itu lahh life budak asrama yang real ! tak skema sangat , tak juvana sangat .  even pengawas pun ada juga life mereka di hostel jugak , yang bagi mereka indah sebab mereka bukannya skema . mereka hanya menjalankan  amanah :)
 
kepada ajk2 asrama , pengawas2 semua , warden2 and cikgu2 . kami mintak maaf banyak-banyak kalau kenakalan kami menyusahkan hidup kalian . kami tak berniat nak menyusahkan , kami cuma nak mencari sedikit pengalaman dan kenangan sebagai budak asrama bersama kawan2 , yang kami boleh kenang pada saat-saat macam sekarang ni , dan pada masa yang akan datang . sekurang-kurang nya , kami ada sedikit cerita dan memori indah yang dapat kami cerita pada generasi kami yang akan datang :')
sorry again :')


maassalamah . AsSalam :)


Tuesday, 11 February 2014

awak2 semua takkan paham ...

 
ehem ehem !! (n_n)
eheh . walaupun cerita  ni dah basi , tapi aku nak bagi tahu jugak . chef zamir jadi juara masterchef all star laa .*yeayy ! :P
 
huh ... kita tak selalu akan dapat apa yang kita harapkan :') tak tahu lah kenapa . kadang-kadang bila kita dah mula sayang sesuatu tu , sesuatu tu akan pergi . yes , mungkin sesuatu tu pergi because of our past . our past , yangmana sebelum ni kita buat taktahu je kat sesuatu tu . mungkin sesuatu tu tak cakap yang dia nak pergi . but , with only 'serioustalk' by sesuatu tu , kita dapat rasa and kita boleh tahu , yang sesuatu tu mungkin dah tak perlukan kita and akan tinggalkan kita . kalau tak harini , mungkin minggu depan . boleh jadi jugak tahun depan atau dekad yang akan datang . kann ??
 
yes dear . jangan terlalu mengharap sebab harapan tak selalunya tampil seperti yang kita harapkan . jangan terlalu bermimpi kerana kenyataan dan hakikat tak selalunya indah . jangan terlalu menyayangi kerana sayang itu hanya satu naluri . dan naluri manusia tak selalunya tepat dan tetap :')
 
hanya menulis sebagai penguat diri . bukan nak tunjuk yang aku ni lemah . bukan jugak nak mengadu domba pada yang sinis mendengar . hakikatnya , tak semua paham apa yang kita rasa . lidah mereka senang berkata-kata , "takpe , aku paham." , walaupun hakikatnya , mereka tak faham dan hanya ingin mengubat sedikit hati kita yang sakit :')
 
aku tahu . sesuatu tu tak mungkin baca apa yang aku tulis ni . aku jugak tak harapkan yang sesuatu tu baca . sesuatu tu jugak mungkin tak tahu menilai tulisan yang aku lakarkan kat blog ni . 
 
 
 
:: maassalamah . AsSalam ::