HOME la dolce' me petua c & s

Saturday 20 October 2018

ventus : the beginning

Minggu pertama masuk u, rasa nya semorang msti brpengalaman kena hadap minggu orientasi or kalau uitm panggil minggu destini siswa (mds) yang amat lah sadis tu. Tak terkecuali aku. Tapi alhamdulillah sepanjang aku hidup ni, orientasi masa sekolah ke, matrik ke, yakni masa u ni pun, tkde la kena ragging mcm yg orang2 selalu duk cerita tu XD So since tkde benda menarik nk cerita psl mds tu, kita skip part tu keyh heee.

VENTUS :')
Entah bila persahabatn tu terjalin. Kitorg pun tak sedar. Antara hadiah paling bermakna dalam hidup aku sepanjang aku bergelar pelajar ialah kawan2- tak kisah la baik mahupun tidak, kerana semua yang hadir dalam hidup kita psti bersebab, tk mngkin sia2 :) Tak kisah la masa sekolah ke, masa matrik ke, masa u ni ke. Tapi dalam banyak2 hadiah yang Allah kirimkan pada aku ni, hadiah masa kat u ni la paling rare. Maybe sebab hampir 24 jam aku dengan dorang. Tapi kalau nak ikut, sekolah dgn matrik dulu pun sama je konsep dia. Tapi entah la kenapa, kali ni penangan, kenangan, ujian dia lain macam sangat2 :') Mungkin jugk sebab zaman u ni la baru aku nampak realiti dunia ni. Selama ni aku cuma duduk dalam kelompok yang sama dengan aku. Dekat u jugak aku mula belajar bersahabat dengan insan yang berlainan jantina dengan aku- lelaki.

Ktorg bermula dengan title 'Ooyeayhhh'. Mana dapat nama tu? Ahahahha kisah dia simple je. Since the boys batch ktorg sikit yang amat yakni 5 orang sahaja, makanya dorang tertiber jadi rapat dgn kami gadis2 dari pahang ni. Bermula dengan mat lija satu2 nya jejaka dari pahang yang sgt friendly and rapat dengan kami para gadis pahang ni, habis semua lelaki terbabit jadi rapat jugk dgn ktorg. Kemudian, pada suatu hari secara tiba2 sgt, sebuah prncgn utk pergi short trip sesama ke kuala terengganu, air terjun lata tembakah n apa ntah lagi kat tganu tu telah termetrai, maka terciptalah grup kami bersebelas yang diberi nama 'Ooyeayhhh' tu sebab masatu semorang suka sebut word tu, sampai dah jadi macam trademark dah pun ahahaha- Aina, Ika, Ilah, Ida, Fie, Intan, Acak, Yo, Zik, Lija, Boh <3 Acak n Intan la mastermind nya, sebab Acak la paling pakar bab2 jalan bagai ni. Intan pulak sebab paling terror bab2 buat prncgn. Sumpah seronok yang amat masa ni, Allah je yang tahu bahagia dia :')

Tapi walau macam mana pun, igt la kata2 ni baik2- tak semua yang bersama kita pd hari ni akan kekal bersama kita sampai bila2:')
Kadang tu, tak sampai sepuluh saat kemudian pun, kita boleh mengalami kehilangan yang semesti nya kita tak inginkanSebab persahabatan yang terjalin ni la, aku belajar erti kehidupan. Terlampau banyak yang aku belajar :')

Ok dearies, i tangguh majlis bercerita kita ni dgn tasbih kafarah dan surah al-asr sebab gtg now. Nanti i sambung cerita psl tganu pula dan lain2 lagi cerita bakal menyusul. Muahh.

:: Maassalamah Assalam :: 

No comments: