HOME la dolce' me petua c & s

Sunday 22 December 2013

wirid dan doa selepas solat :)

 
fuhh..fuhh *tiup habuk .
 
ALHAMDULILLAH . after 27 November 2013 , im not a student anymore ! welcome to 'alumni' life :)
*tepuk tangan untuk diri sendiri:P
 
 
rasa syukur yang amat tak dapat aku nak cakap . lega sangat !
masih gue (aku) ingat ya , 12.12.12 (tahun lepas) , last time aku shopping barang2 sekolah :')
 
okey2 , harini aku takde mood 'sedeyh pedeyhh' laa untuk stori mori pasal life aku since aku secara rasminya memangku jawatan yang diidam-idamkan oleh setiap yang bergelar student , that is ex-student XD
 
  harini , suddenly abah suruh aku print kan wirid dan doa after solat for my brothers .
so , aku sebagai kakak 'mithali' menyahut seruan abah tersebut :P
 
and aku rasa , wirid dan doa yang aku share untuk post kali ni amat sangat laa berguna untuk diri aku and all the readers . hope kita sama2 dapat manfaat k :)
 
 
WIRID SELEPAS SOLAT
 
 

 

DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 


Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 


Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 


Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 


Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 


Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



 :: maassalamah , AsSalam ::

No comments: