HOME la dolce' me petua c & s

Wednesday, 22 January 2014

kenangan sebagai budak asrama : takde air ==''

 
 
ALHAMDULILLAH ! kita still diberi peluang untuk berubah :)
haiih . bila terkenang kisah-kisah and pengalaman hidup sebagai budak asrama , baru aku sedar yang aku sangat RINDU kenangan tu semua . ulang suara , RINDU SANGAT !
 
even kenangan takde air time pepagi buta untuk mandi pun aku rindu :') time tu laa kau nak practise survive dalam keadaan darurat , kotkot laa suatu hari nanti kau sesat dalam hutan ke , takde laa kau just menangis sambil hentak-hentak kaki then cakap , " nak balik !! nak mandi air panas !! huwaaa... " . sungguh hiperbola makhluk macam ni :D

cerita pasal takde air ni , air kat sekolah aku ni boleh dikategorikan sebagai pemalas . bila time kitorang balik cuti *hoorayy ! , then balik semula ke asrama tu , air mesti buat hal .maklum laa , time budak-budak bercuti , dia duk berjimba je kat dalam tangki tu . dah bila time kena kerja balik , mula laa , mengada-ngada ! cewahh , macam kau laa :P eh , ye ke ? ke macam aku ?? :P  tapi kekadang je laa . ada masa , dia rajin je .

bukan setakat pemalas . ada certain time tu , dia mogok time pepagi buta and petang . kau bayangkan , time-time cenggitu laa saat genting untuk kitorang mandi . pepagi , sebab kitorang nak pergi sekolah . petang , kitorang nak basuh baju and pergi prep ( preparation class ) . sudahnya , ada laa makhluk-makhluk yang pergi sekolah and prep bertemankan encik/puan/cik/dato'/datin/tan sri/puan sri lalat ! bau mereka , nauzubillah , Tuhan je yang tahu . kau siap tak boleh beza lagi mana satu mereka mana satu bakul sampah . *okey aku tipu XD tak laa ketara macam tu kot . hmm , entah laa . aku pun tak reti nak describe . cuba kau bau badan kau time kau tak mandi seharian , haa cenggitu laa kott . eh ,tapi fenomena takde air ni bukan sehari dua je , mau makan masa 3-4 hari . so , makananya , kalau kau nak maklumat lebih jelas pasal bau mereka tersebut , kau bau laa badan kau bila tiga-empatharian kau tak mandi :D


kenangan aku paling tak boleh lupa pasal fenomena takde air di asrama , bilamana aku with Atieyq , Amy , Aimi and Jieha terlewat bangun pada lastday sekolah time kitorang form 4 (2012)  :D haha , pukul berapa kitorang bangun , dirahsiakan :P then , pepagi tu air tetiba pulak ambik cuti awal . orang lain dah get ready nak pergi sekolah , dengan muka teruja sebab itu lastday sekolah , kitorang dengan muka ala2 sleeping beauty baru bangun tidur , terkocoh-kocoh capai apa yang patut , sarung selipar toilet , then dengan muka tembok jalan laju2 pergi dewan . kitorang kalau takde air , ada 4 tempat jadi sasaran , 1. dewan , 2. pondok pak guard pun kitorang bedal je , 3. toilet cikgu kat sekolah . time2 ni laa kitorang ambik peluang guna tandas cikgu yang wangi tu and buat macam toilet tu kitorang yang beli dari kerajaan , 4. surau .

okey , sambung cerita tadi . kitorang pun masuk laa dalam bilik persalinan kat tepi dewan tu . dalam bilik tu ada 3 shower , 2 toilet duduk . bau dia ... malas aku cerita . kau paham2 je laa . time tu , air dalam bilik persalinan tu pun dah tak banyak . memandangkan kitorang golongan budak pandai yang paling last mandi , bilik tu kosong ! :D so , antara kitorang berlima , ada sorang yang kena mandi kemudian .maknanya empat yang lain madi dulu , then baru budak sorang lagi . time tengah sedap2 mandi , suddenly kitorang dengar announce dari asrama , suruh kosongkan asrama and gerak ke sekolah . haha , so apa jadi kat budak lagi sorang tu ?? sudahnya tak mandi laa XD sempat gosok gigi and cuci muka je . siapa budak tu ?? identiti dirahsiakan , cewahh :P

kitorang bersiap-siap dalam tu , tapi bukan bersiap nak pergi sekolah , tapi bersiap untuk balik asrama sebab baju semua kat asrama . kitorang pun jenguk ke luar nak tengok , line clear ke tak . haha , malang tak berbau beb , cikgu disiplin kitorang yang paling ditakuti , Ustaz Fakhzan , tengah ronda-ronda depan asrama . serious beb , cuak gila ! mujur kitorang selamat . so , kitorang duduk laa dalam bilik tu sambil fikir alasan apa nak bagi kalau kantoi , sampai laa 10 minit lepas perhimpunan kat dataran tamat . dataran tu dengan tempat persembunyian kitorang , tak jauh mana pun . so , kalau kitorang mencilok balik asrama time perhimpunan , komfem2 kantoi ! 

after , kitorang selamat masuk asrama tu , kitorang terserempak dengan biro asrama and pengawas asrama yang tengah sibuk check dorm memandangkan itu lastday sekolah :) haha , kitorang cepat-cepat bersiap . mujur biro2 bagai tu semua , kawan kitorang jugak , bakal pentadbir asrama tahun depannya (2013) . kitorang buat muka innocent + seposen je bila kena tegur , haha :P jahat kann .

finally , alhamdulillah kitorang selamat sampai ke sekolah and kelas :) cara kitorang jalan nak pergi sekolah tu memang innocent habis , muka macam tak buat salah je . jalan sambil gelak-gelak , macam semua yang jadi tadi tu hanyalah khayalan semata-mata , haha :D

bila ingat balik semua tu , aku rasa rinduuuuu sangat kawan2 aku :')
 rindu nak lepak sama2 :' ), makan maggi memalam buta sama2 sambil ber'gossip' :') , struggle sampai tak tido sama2 time exam ( jangan tiru aksi tersebut ! ) :') , buat milo sama2 :') , study sama2 :') , basuh baju sama2 :') , share masalah sama2 :'), tidur sama2:')  , tidur time kelas bio sama2  :') , kena denda sama2 :') , buat nakal sama2 :') , semua yang kita buat sama2 lah :')



aku rindu korang sangat2 !! itu laa pengalaman aku yang dapat aku kongsi sepanjang aku hidup sebagai budak asrama ni . mungkin , masa kita lalui pengalaman tu , pedih sangat rasa dia . and bila benda tu dah jadi kenangan yang patut disimpan dalam muzium , kau akan senyum sorang2 and kau akan rindu semu tu :') trust me dear ! btw , doakan kami dapat result yang baik ea dalam SPM 2013 ni :)
 
:: maassalamah , AsSalam ::




No comments: