|
attention ! jangan salah paham . ni bukan aku k . BTW , adess , cantik
sungguh ciptaan Tuhan ni kann ?? :) |
alhamdulillah :) cuti aku kat rumah dimanfaatkan dengan 'agak' baik . cewahh .
so , tetiba aku rasa nak google2 pasal kelebihan anak perempuan ni , memandangkan aku juga salah seorang daripada golongan tersebut .
alkisah aku suddenly duk berhajat nak post ilmu ni bilamana aku terfikir ,
'mesti susah kan umi n abah nak pelihara aku memandangkan untuk membela anak perempuan memakan belanja yang double berbanding anak lelaki .'
ehehh , betul . ye laa , hangpa pikiaq (pikir) sendiri laa , yang sampai jadi double tu pasai apa ? tang mana sampai mahai (mahal) sangat nak bela anak perempuan ni ? okey girls ...that is our girls-story and only us ;D just shut up and think it by yourself , k ?! XD
so , anak2 perempuan semua . jangan risau if kadang2 kita 'ter'susah kan mak n ayah kita for bought our stuff . kalau uolls rasa nak tebus semua kebaikan parents uolls , jadilah anak perempuan yang solehah dan beriman , i'Allah God will grant our parents with the better life in this world till Jannah :)
do read this article , k :') moga2 kita sama2 dapat manfaat nye .
Kelebihan Memiliki Anak Perempuan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang
memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya
ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai
Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak
perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang
wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk
seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun,
riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara
perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak
ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara
perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah
Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah
bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu
urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan
memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya
daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat
istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan
mereka.
Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa
kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan
lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama
ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam
neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah
s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah
sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka
agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah
s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu
sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa
yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan
dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan
yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama
tidak diberi penekanan yang sepatutnya.Contohnya dalam perkara aurat dan
pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi
bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan
nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang
diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada
ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada
ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa
kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu
mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak
perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika
dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Officially thanks to Tanyalah Ustaz :)
:: maassamah , AsSalam ::
No comments:
Post a Comment