kekonon je cakap 'last post' bagai pepagi buta tadi . aku rasa dah dekat 2-3 kali aku cakap
' maybe , ni last post aku bla bla bla ... '
nak termuntah hijau dah when baca ayat tak serupa bikin aku nun . haha , memang tabik lah umi and abah . dan dan je bagi aku online , kekonon last time before balik damansara le ni . mereka pula sedang berkursus haji . bhahaha , lagi serunuk le ainatulmahirah berfoya-foya :P tapi , umi and abah tak pergi without leave me with senarai tugas memandangkan aku selaku superbibik kehormat kat rumah ni for dis week . huh , nak tak nak , memang kena jugak cakap 'yes boss !'
nak tahu ke apa list yang umi sediakan . haha . cer korang nengok kat bawah , worklist diaa , tak kalah baii .
- kejut adik-adik bangun and catat pukul berapa depa bangun
- mandikan fina , my little sis , and bagi dia mencekik * ayat yang sangat kurang relevan for 2years old girl :P
- pastikan bebudak ni mandi-manda
- keluarkan daging sebab nanti umi nak masak
kaw nampak tak betapa aku ni sangat berguna dalam family ni . bercakap pasai worklist yang umi and abah bagi kat aku ni , aku terpikio pulak . why anak-anak selalu tak mau ikut cakap mak ayah depa *aku pun sama kekadang . kalau mak ayah suruh buat samting , mesti ada words , 'sekejap laa mak' , tak pun kalau ayat nak kasi modern sikit , 'wait laa mak' . haiih , awak-awak semua fikir tak apa perasaan mak time tu . kalau mak yang jenis iman high class tu mesti akan cakap , 'apa nak jadi dengan anak aku ni ' , sambil kesat air mata yang tak berapa nak keluar tu dengan hujung lengan baju kelawar . kalau dapat mak yang jenis mulut fire-fire bomm gitu , memang akan keluar statement , 'menyesal aku basuh berak kaw cepat-cepat dulu . kalau aku tahu kaw ni malas tolong mak time besar , baik mak biar je pampers kaw tak tukar sebulan dua .' wo , kena sedas kaw !
mujur aku dapat umi yang sangat berhati lembut tu , sampai nak pukul kitorang yang superb nakal ni pun tak sanggup . tapi sekali umi kasi fire-fire mulut dia , memang ter'bako' weyh . meresap ke qalbu gitu . awak-awak semua pernah dengar tak statement , ' kenapa seorang ibu boleh jaga 10 anak , tapi 10 anak tak mampu nak jaga sorang ibu ' . why . why . why!! *jerit dengan penuh feeling.
but , dis is reality kann . kita tak boleh nak bidas statement tu sebab memang kenyataan pon . kalau statement tu salah , tak mungkin si tanggang akan femes sekarang.
so , before kita malas nak tolong mak , better fikir betoi-betoi . time kekecik dulu , mak tak pernah tangguh kan tanggungjawab dia terhadap kita . bersyukur lah kita masih ada mak , even kekadang mulut dia tu kaw-kaw punya cili padi berapi . serious wa cakap lu . awak-awak rasa , awak-awak boleh ke hidup senang lenang sekarang without them . time kekecik dulu , diorang sanggup berjaga malam nak kasi kita tidoq without ancaman and serangan angkatan tentera pengganas nyamuk betina yang hobinya mencuri darah orang without permission ! mak ayah jugak laa yang sanggup berabis duit nak kasi kita kenyang , nak kasi kita kering selesa sentiasa . setakat nak tolong mak buang sampah kat luar rumah nun , apa laa sangat .
aku pun nak ingat kan diri sendiri jugak sebab kekadang bila malas aku menguasai diri , oh diri ini terasa seperti 120 kilo je , berat gila kott nak bangun , especially when ngadap lappy .
aku malas nak tulis 'maybe dis is my last post bla bla bla...' . just nak cakap , wish me luck in SPM okey >< and ayuh le kita bersama-sama turn ourselves ke arah menjadi anak yang soleh dan solehah . i'Allah .
::maassalamah . AsSalam::
No comments:
Post a Comment