HOME la dolce' me petua c & s

Saturday 30 March 2013

otw becoming anak soleh & solehah :)

 
 
kekonon je cakap 'last post' bagai pepagi buta tadi . aku rasa dah dekat 2-3 kali aku cakap 
' maybe , ni last post aku bla bla bla ... '
nak termuntah hijau dah when baca ayat tak serupa bikin aku nun . haha , memang tabik lah umi and abah . dan dan je bagi aku online , kekonon last time before balik damansara le ni . mereka pula sedang berkursus haji . bhahaha , lagi serunuk le ainatulmahirah berfoya-foya :P tapi , umi and abah tak pergi without leave me with senarai tugas memandangkan aku selaku superbibik kehormat kat rumah ni for dis week . huh , nak tak nak , memang kena jugak cakap 'yes boss !'

nak tahu ke apa list yang umi sediakan . haha . cer korang nengok kat bawah , worklist diaa , tak kalah baii .

  • kejut adik-adik bangun and catat pukul berapa depa bangun
  • mandikan fina , my little sis , and bagi dia mencekik * ayat yang sangat kurang relevan for 2years old girl :P
  • pastikan bebudak ni mandi-manda
  • kasi mereka makan
  • kemas rumah
  • study
  • keluarkan daging sebab nanti umi nak masak 
kaw nampak tak betapa aku ni sangat berguna dalam family ni . bercakap pasai worklist yang umi and abah bagi kat aku ni , aku terpikio pulak . why anak-anak selalu tak mau ikut cakap mak ayah depa *aku pun sama kekadang . kalau mak ayah suruh buat samting , mesti ada words , 'sekejap laa mak' , tak pun kalau ayat nak kasi modern sikit , 'wait laa mak' . haiih , awak-awak semua fikir tak apa perasaan mak time tu . kalau mak yang jenis iman high class tu mesti akan cakap , 'apa nak jadi dengan anak aku ni ' , sambil kesat air mata yang tak berapa nak keluar tu dengan hujung lengan baju kelawar . kalau dapat mak yang jenis mulut fire-fire bomm gitu , memang akan keluar statement , 'menyesal aku basuh berak kaw cepat-cepat dulu . kalau aku tahu kaw ni malas tolong mak time besar , baik mak biar je pampers kaw tak tukar sebulan dua .' wo , kena sedas kaw ! 

mujur aku dapat umi yang sangat berhati lembut tu , sampai nak pukul kitorang yang superb nakal ni pun tak sanggup . tapi sekali umi kasi fire-fire mulut dia , memang ter'bako' weyh . meresap ke qalbu gitu . awak-awak semua pernah dengar tak statement , ' kenapa seorang ibu boleh jaga 10 anak , tapi 10 anak tak mampu nak jaga sorang ibu ' . why . why . why!! *jerit dengan penuh feeling.
but , dis is reality kann . kita tak boleh nak bidas statement tu sebab memang kenyataan pon . kalau statement tu salah , tak mungkin si tanggang akan femes sekarang. 

so , before kita malas nak tolong mak , better fikir betoi-betoi . time kekecik dulu , mak tak pernah tangguh kan tanggungjawab dia terhadap kita . bersyukur lah kita masih ada mak , even kekadang mulut dia tu kaw-kaw punya cili padi berapi . serious wa cakap lu . awak-awak rasa , awak-awak boleh ke hidup senang lenang sekarang without them . time kekecik dulu , diorang sanggup berjaga malam nak kasi kita tidoq without ancaman and serangan angkatan tentera pengganas nyamuk betina yang hobinya mencuri darah orang without permission ! mak ayah jugak laa yang sanggup berabis duit nak kasi kita kenyang , nak kasi kita kering selesa sentiasa . setakat nak tolong mak buang sampah kat luar rumah nun , apa laa sangat . 
 
aku pun nak ingat kan diri sendiri jugak sebab kekadang bila malas aku menguasai diri , oh diri ini terasa seperti 120 kilo je , berat gila kott nak bangun , especially when ngadap lappy . 

 aku malas nak tulis 'maybe dis is my last post bla bla bla...' . just nak cakap , wish me luck in SPM okey >< and ayuh le kita bersama-sama turn ourselves ke arah menjadi anak yang soleh dan solehah . i'Allah .

::maassalamah . AsSalam::

di tengah malam yang hening :P

 
 
eh eh . hari sabtu da pon. tak mau balik damansara !! arghh . sudah semestinya meja , kerusi dan whiteboard beserta adik beradik mereka amat sangat merindui aku . oh , tidak lupa juga kepada katil dan bantal di damansara . dont worry . 'i miss uolls too' ==' * miss laa sangat !
haduii , dengan kepala yang duk bingai sakit dari semalam . memang semangat untuk back to school serta merta lenyap dari kotak fikiran . *hamboii , bahasa tak mudah kaw ! 
aina , setahun je lagi kaw kena tunggu . sabar laa wahai hati :)
tadi tengok best show of jozan in MLM kat astro mustika HD . sumpah rindu mereka wa cakap lu . 
 
 
sekarang tengah duk nengok running man with my brothers . haha , setelah berhari-hari aku duk sesenyap curik-curik peluang nak online , tetiba malam ni dengan rela hati ditambah pula dengan senyuman manis bak madu , abah bagi greenlight for me untuk online tetengah malam buta yang agak hening ni . huii , tadi aku sesaja laa ngintai post-post aku masa mula-mula buat blog dulu . haha , sumpah lawak ! rasa nak sorok muka bawah almari je bila baca post sendiri . dengan ayat tunggang tebalik + haru biru , dengan words yang aku guna masa tu , wo ! sangat menjatuh air muka wa cakap lu . 
 
setelah beberapa hari phone sunyi , suddenly ada 2 mesej from number yang tak diketahui . kekunun koya ada peminat . padahal aku baru renew sim hari tu . padan sangat laa semua number yang masuk unkown belaka . so , aku gigihkan mulut nak mintak kedit from umi . last2 dapat lah ' 5 ya ' *5 ringgit .
okey what . rerupa nya , 'unknown' number tu cechaa :) haha , excited jugak laa aku tetiba hari ni phone tak silent .
 
i think , this could be my last post for balik kali ni . iya kahh ?? i hope , result march test ni tak laa worst sangat sampai boleh buat umi and abah demam panas seminggu . 
 
::maassalamah , AsSalam::

Thursday 28 March 2013

my promises :')

 
alhamdulillah . selepas mengerah keringat mengupdate blog ni , finally . its look more better !
penat wei , nak kasi paham 'bahasa' HTM :) but pengalaman is the sweetest thing . and yang paling 'sweetest' sangat nye bila abah nak naik fed-up nengok anak perempuan dia ni tak habih-habih update blog , sampaikan abah sorok broadband dari aku . haha , 'sweet' sangat kan moment tu ==' !
balik kali ni , aku memang malas tahap petala ke sebelas kaw tahu . buku cuma dibukak when abah mula menyinga dan umi start nak buat drama air mata , sambil mengeluarkan statement 
"kakak kan anak harapan umi and abah..."
umi , abah . kakak tahu kakak boleh buat nanti (ecece kunun :P) sebab tu kakak malas . kaw rasa aku berani tak nak bidas my parents with that statement ? oh semestinya 'ya' bukan lah jawapan yang terbaik . paling kurang pun mesti cili api , dengan segala hormat nya terbang dan mendarat dengan cantik sekali dalam mulut ku yang 'manis' ni . serious , susah jadi ainatulmahirah ni . susah sebab banyak sangat 'entiti' yang duk menghasut aku ke arah kemalasan tahap lampau. *ceiit , alasan semata dua mata tiga mata !

tapi tak pe , umi and abah dont worry . kakak akan do the best superb laa for both of you . kakak akan pastikan umi and abah tak kecewa . serious , tu janji kakak !


  ainatulmahirah , maybe dis will be your last post for dis year ! *ye ye je aku ni , hihi :P  haiih cik kak . kaw kan dah nak SPM tahun ni . pi bukak buku nun :)

apa-apa pun , kakak janji dengan sepenuh hati kakak . 
  • kakak tak kan sia-sia kan duit yang umi and abah dah laburkan untuk kakak for 5 years .
  •  kakak tak kan bazirkan air mata umi and abah for kakak . kakak akan pastikan air mata yang keluar nanti tu , air mata kegembiraan !
 i love both of you :) ♥

:: maassalamah . AsSalam ::

Saturday 23 March 2013

may God bless you friends :)

 
Alhamdulillah , finally im home !
setelah menempuh segala dugaan dek kerana salah sendiri :') thanks untuk kengkawan yang berjaya menyedarkan aku dari kesilapan yang entah pape tuh . kengkadang kita rasa apa yang kita buat tu just satu kesalahan yang remeh temeh . dan kita tak pernah sangka kesalahan kita tu akan bagi effect kat orang lain jugak . so , please be wise in our action ! dan please laa aina . jangan pernah anggap disiplin ialah sesuatu yang wajar dipandang enteng ! wahh aina , bahasa tak mudahh kaw :P
okey , just nak share stori mori time exam hari tu . 
 
 
yess , sungguh aku gumbira balik kali ni sebab cikgu2 integrasi kuantan amat lah baik hati dengan membiarkan anak didiknya yang comel lagi bijaksana ni balik without 'buah tangan'  XD  maklum le , kami baru habis exam kan . nak bagi kami rest dulu le tu . ecece kunun . padahal bukan nye aku struggle yang amat pun exam hari tu . alhamdulillah , dengan bantuan tenaga adik sebilik aku , nisa , aku berjaya bangun 2 per tiga malam for study . serious , ilmu cepat kot masuk time2 gitu . kalah wifi . okey aku tipu :P tapi serious , alhamdulillah aku rase aku dapat jawab dengan 'baik' exam kali ni . mungkin  :)
yang paling tak tahan nye bile aku proud gila sebab dapat jawab 'add math' dengan ... agak baik . 'add math' weyy , sape tak kembang kempis hidung bile terperasan diri ni pandai yang amat when dapat jawab paper tu XD padahal nye kitorang dapat skop ,haha . kalau tak boleh jawab jugak , haduii , mano den nak letak muko ! aku harap , result aku okey2 je . tak mau tengok umi n abah sedih2 nanti !
SPM ! youre so cruel ==' 
oh , nampak nye jejari aina sudah mula malas menekan papan kekunci ni . just wanna share satu pesanan .

La Tahzan b'cos Allah is Always By Ourside ;)

Sunday 3 March 2013

far but near :')memories

heyy awak-awak semua . sesudah hampir sebulan kami terperuk di damansara nun , akhirnya , home sweet home ! haha , haiih . malas cakap panjang . jeng jeng jeng , just nak touching2 kejap . rindu aspuri , rindu 2012 :')
 
 pic ni diambil time kitorang form 4 . masa ni kami camping kat pusat ko Sultan Haji Ahmad Shah . seronok ? gila kaw tak seronok ! memang laa time tu rasa nak ambik teksi lari balik rumah , tapi bila ingat balik kenangan kat sana , wahh ... rindu sangat ! aktiviti banyak laa ditunda sebab hari hujan . but , kitorang happy je . dapat duk relax sementara bebudak yang kat skolah tu belajar :P hihi <ladem(w)> and yang paling heaven nye bila khemah kami mula menjadi taman tema air tak berbayar . fuhh , memang water park sungguh . time tu aku satu khemah with amy , atieyq , jieha , fazu , alya n hana XD kami sudah menjadi seperti mangsa banjir tahu ! haha .
then , jieha n sape entah pi laa ambik khemah baru ^^ hoho , tragis tak kisah aku <ladem(w)>

haa , pic ni pulak time last day kami kat sana . tu yang *mangak* (semangat) pakai uniform bagai ,ngee ^^

 
haa , ni pic bebudak 4 archimedes yang cantik, cun , smart lagi pandai ;) huh , ni last moment with our beloved teacher , madam zarina :')

hoho , lihat lah muka-muka kiut kami di depan bilik sakit masa last day skolah 2012 ^^


 
yaey ! mumtaz generation ;) huh , rindu aspuri :')

 
haa , ni memang tak de kerja sungguh . kat tangga pun jadik XD pic ni diambil after tamat formal dinner indera harmoni . tema die prom night , tu yang berskirt bagai ^^

 
even formal dinner tu indera harmoni yang anjurkan , kami form 4 , si gadis ayu yang cantik lagi baik ni 'dikerah' untuk jadik waitress kehormat . haha , cun sungguh uniform kami kan <ladem(w)> ^^

  stella's <3 rindu precious moment ni . oh , saye sangat rindu aspuri ! ini serious ;)
 haa , nampak tak muka2 zuhud plus redha kat atas tu bila disuruh jadi waitress kehormat XD sayang awak2 semua ^^
huh . eh , act aku nak tunjuk kat uolls semua besties aku yang sangat dirindui . unexpected gilakk bila dia pindah tahun ni , dan weolls kat sini sooo sad ! :'(
 
hah , she's nur zakirah zabidi ! yang pakai tudung hitam tuh :) dia seorang kawan yang sangat baik dan sangat memahami ! dan yang paling important , dia memang sebulu dengan kami ^^ weolls always miss you !
 
mungkin aku rase semua yang kat atas tu dah jauh dari aku , tapi act semua tu terlalu dekat dengan aku sebab all of that memories always ade dalam hati aku :') mungkin kita tak mampu untuk ubah persepsi orang especially sahabat2 kita terhadap diri kita , kita hanya mampu berdoa agar Allah bukak pintu hati mereka-mereka tersebut agar mereka nampak kebenarannya -_- 
hidup ni umpama roda , terkadang kita di atas , terkadang kita di bawah :)
hidup ni umpama sebuah perjalanan panjang yang punya banyak perhentian . kita terlalu banyak bertandang di perhentian tersebut sehingga kita terlupa , ke mana hendak kita tuju sebenarnya ^^
maassalamah . AsSalam ;)